Transcription

AMALAN PENGURUSAN KEWANGAN SEKOLAHGURU BESAR SEKOLAH- SEKOLAH KEBANGSAANA. HAMID BIN HUSSIANLaporan projek ini dikemukakanSebagai memenuhi sebahagian daripada syaratPenganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan(Pengurusan dan Pentadbiran)Fakulti PendidikanUniversiti Teknologi MalaysiaJUN 2012

AMALAN PENGURUSAN KEWANGAN SEKOLAHGURU BESAR SEKOLAH- SEKOLAH KEBANGSAANA. HAMID BIN HUSSIANFakulti PendidikanUniversiti Teknologi Malaysia

iiiDEDIKASIDiabadikan untuk insan-insan yang tersayang,Untuk penyelia yang tidak pernah jemu mencurahkan ilmuDr. Lokman bin Mohd TahirTerima kasih di atas segalanya .Ku abadikan buat ayahanda dan bonda tersayangAllahyarham Hussian bin A. Karim dan Allahyarhamah Esah binti AbdullahTerima kasih yang tidak terhingga buat isteriku yang tercintaKintan binti AmirDorongan, pengorbanan, kesetiaan dan kesabaran untuk mempastikan Abang berjayaJasamu tidak akan dilupakanUntuk anakanda-anakandaku yang disayangiMuhammad Firdaus, Muhammad Faiz, Muhammad Fikri dan Farah Sakinah,Yang sentiasa mendoakan untuk kejayaan ayahBuat pelajar MPA dan rakan-rakan seperjuangankuA. Razak, A. Rahim, Rohaizat, Adharizam, Intan Rafine, Fauzi, Hj. Bakri, Hadiah,Sesungguhnya kejayaan ini adalah kejayaan kita bersama .

ivPENGHARGAANAlhamdulillah, bersyukur kepada Tuhan Maha Esa kerana memberi kekuatanmental dan fizikal dalam usaha menyiapkan laporan penyelidikan ini untuk memenuhisyarat penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan (Pengurusan dan Pentadbiran).Dalam kesempatan ini saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan jutaanterima kasih yang tidak terhingga kepada Dr. Lokman bin Mohd. Tahir selaku penyeliaProjek Sarjana di atas segala tunjuk ajar, bimbingan, dorongan dan lontaran idea yangdiberi sepanjang saya menyiapkan projek ini. Sesungguhnya segala budi mu tuan sayakenang sepanjang hayat.Ucapan penghargaan juga saya kalungkan kepada rakan-rakan guru besar disekolah-sekolah kebangsaan di Daerah Kota Tinggi yang sudi memberi kerjasama kepadasaya dalam menjalankan kajian ini.Penghargaan juga saya berikan kepada teman-teman seperjuangan dari KursusMPA (Pengurusan dan Pentadbiran yang sudi menghulurkan bantuan dan tunjuk ajarkepada saya dalam proses melengkapkan Projek sarjana ini.Penghargaan ini juga tidak saya lupa rakamkan buat isteri tercinta Kintan bintiAmir, putera-puteri tersayang atas sokongan moral yang diberikan. Akhir kata, saya inginmengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidaklangsung membantu saya menjayakan Projek Sarjana ini. Wassalam.

VABSTRAKKajian kualitatif ini bertujuan untuk melihat persepsi guru besar terhadapamalan pengurusan kewangan di Sekolah Kebangsaan di Daerah Kota TinggiJohor. Kajian ini turut melihat amalan, masalah, kelemahan dan cadangan gurubesar dalam pengurusan kewangan sekolah. Sampel kajian ini terdiri daripadaenam orang guru besar dari enam sekolah kebangsaan di daerah Kota Tinggi Johoryang dipilih berdasarkan prestasi audit kewangan tahun 2010. Kajian ini berbentukpenerokaan kualitatif dengan menggunakan satu set protokol temu bual yang telahdireka khas untuk meneroka amalan pengurusan kewangan sekolah oleh gurubesar. Hasil temu bual dengan enam orang guru besar mendapati secara umumnyaGuru besar membuat refleksi bahawa mereka sememangnya mengurus kewangansekolah berlandaskan kepada tata cara pengurusan kewangan yang betul. Hasiltemu bual dengan guru-guru besar, kajian mendapati masalah dan kelemahan yangwujud dalam pengurusan kewangan sekolah disebabkan oleh faktor-faktor berikutiaitu kawalan dalaman yang lemah, urusan diserahkan kepada pembantu tadbirkepercayaan, guru besar tidak faham prosedur kewangan, kurang latihan dankepakaran dan tidak cukup masa dalam pengurusan kewangan. Penyelidik jugamengemukan beberapa cadangan kepada pihak pendidikan berkenaan sebagaipanduan untuk memperbaiki kelemahan yang ada dan untuk meningkatkan prestasiguru besar terhadap amalan pengurusan kewangan sekolah yang lebih cekap danbetul.

VIABSTRACTThis qualitative study aims to examine how the headmaster’s financialmanagement practices in the National Schools in the Districts of Kota Tinggi, Johor. Thisstudy also examines the practices, problems, weaknesses and suggestions of theheadmaster in term of school financial management. The sample of this study consisted ofsix headmasters from six respective primary schools in the District of Kota Tinggi, Johorwhich been selected based on financial audits performance in 2010. Study’s exploration isusing a set of qualitative interview protocol designed to explore the financial managementpractices by the school headmaster. Generally, based on the interviews with sixheadmasters found that their schools' financial management is based on the right rules offinancial management. In addition, Interviews with headmasters, researchers had foundthe problems and weaknesses exist in the school financial management which is due to thefollowing factors ie. Weaknesses in internal controls, delegation of financial managementto the assistant administrator in total, the headmaster do not understand the financialprocedures, lack of training and expertise and do not have enough time to managefinancial management. Researchers also presenting few suggestions to the educationconcerned as a guide to improve the weaknesses that exist and to enhance the performanceof headmasters against school financial management practices to be more efficient and inorder.

vABSTRAKKajian kualitatif ini bertujuan untuk melihat persepsi guru besar terhadap amalanpengurusan kewangan di Sekolah Kebangsaan di Daerah Kota Tinggi Johor. Kajian initurut melihat amalan, masalah, kelemahan dan cadangan guru besar dalam pengurusankewangan sekolah. Sampel kajian ini terdiri daripada enam orang guru besar dari enamsekolah kebangsaan di daerah Kota Tinggi Johor yang dipilih berdasarkan prestasi auditkewangan tahun 2010. Kajian ini berbentuk penerokaan kualitatif dengan menggunakansatu set protokol temu bual yang telah direka khas untuk meneroka amalan pengurusankewangan sekolah oleh guru besar. Hasil temu bual dengan enam orang guru besarmendapati secara umumnya Guru besar membuat refleksi bahawa mereka sememangnyamengurus kewangan sekolah berlandaskan kepada tata cara pengurusan kewangan yangbetul. Hasil temu bual dengan guru-guru besar, kajian mendapati masalah dan kelemahanyang wujud dalam pengurusan kewangan sekolah disebabkan oleh faktor-faktor berikutiaitu kawalan dalaman yang lemah, urusan diserahkan kepada pembantu tadbirkepercayaan, guru besar tidak faham prosedur kewangan, kurang latihan dan kepakarandan tidak cukup masa dalam pengurusan kewangan. Penyelidik juga mengemukanbeberapa cadangan kepada pihak pendidikan berkenaan sebagai panduan untukmemperbaiki kelemahan yang ada dan untuk meningkatkan prestasi guru besar terhadapamalan pengurusan kewangan sekolah yang lebih cekap dan betul.

VIIKANDUNGANBABPERKARAHALAMANPENGESAHAN STATUSPENGESAHAN PENYELIA1JUDUL ABSTRACTVIKANDUNGANVIISENARAI JADUALVIIISENARAI SINGKATANIXSENARAI LAMPIRANXPendahuluan1.1Pengenalan11.2.Latar Belakang Masalah81.2.18Pengurusan Perbelanjaan1.2.2. Pengurusan perakaunan8

21.3.Penyataan Masalah151.4.Objektif Kajian161.5Persoalan Kajian171.6.Skop Kajian181.7.Definisi Istilah191.7.1. Akaun Belum Bayar (ABB)191.7.2. Bantuan Per Kapita (PCG)191.7.3. Buku Tunai191.7.4. Kumpulan wang Kerajaan (KWK)191.7.5. Kumpulan Wang SUWA (KWS)201.7.6. Kumpulan Wang Asrama (KWA)201.8.Kepentingan Kajian201.9Penutup21KAJIAN LITERATUR2.1Pengenalan2.2Organisasi Pentadbiran danPengurusan Kewangan Sekolah2.3.2222Peruntukan Akta dan Surat PekelilingBerkaitan dengan Pengurusan2.4.Kewangan sekolah.26(a).Akta Pendidikan 199626(b).Akta Acara Kewangan 195726(c).Peraturan Akaun dan Audit 196226(d).Surat Pekeliling Kewangan27(e).Arahan Perbendaharaan (AP)27Amalan Guru Besar dalam PengurusanKewangan Sekolah28

2.5.Masaalah dan Isu Kelemahan DalamAmalan Pengurusan di sekolah Rendah.330(i).Kelewatan penyerahan penyata akaun ke audit32(ii).Wang belum di bank atau lewat di bank32(iii).Akaun Belum Terima32(iv).Akaun belum bayar33(v).Perbelanjaan tanpa dokumen sokongan33(vi).Terimaan yang tidak diluluskan33(vii).Perbelanjaan tidak dibenarkan33(viii). Baki kumpulan wang terkumpul yang tinggi34(ix) Ketidakcukupan pemberi peruntukan kerajaan35(x)Pengurusan pembelian dan Pesanan36(xi) Kekurangan Pembantu Tadbir Kewangan37(xii)Sikap guru(xiii)Lantikan Guru Besar Baru Tanpa Latihan dan38Kemahiran dalam Pengurusan kewangan Sekolah392.8Kajian Luar Negara402.9Kajian Dalam Negara413.0Penutup42METODOLOGI KAJIAN3.1Pengenalan443.2Reka Bentuk Kajian443.3Persampelan dan Tempat kajian463.4Instrumen Kajian483.4.1 Soalan Temubual Bersama Guru BesarBahagian A93.4.2 Soalan Temubual Bersama Guru BesarBahagian B50

3.54Kajian Rintis523.6Pengumpulan Data Kajian533.7Analisis Data533.8Kaedah Penganalisaan Data544.0Penutup56ANALISIS DATA574.1Pengenalan574.2Bahagian 1:4.2.1Hasil Temu Bual Guru Besar58Dapatan Bahagian A:Demografi Guru Besar584.2.1.1 Tempoh Menjadi Guru Besar594.2.1.2 Tempoh Bekhidmat di sekolah Bekenaan604.2.1.3: Taburan Sebagai PK 1614.2.1.4: Taburan Sebagai PK HEM624.2.1.5 Taburan Sebagai PK Kurikulum634.2.1.6 Tahap Prestasi Audit Sekolah644.2.1.7 Taburan sekolah subjek mengikut tahapprestasi audit sekolah pada tahun 20104.2.264Dapatan Bahagian B: Hasil Temu Bual Guru Besarberdasarkan Persoalan Kajian.654.2.2.1 Amalan pengurusan kewangan65sekolah Guru Besar sekolah-sekolahkebangsaan Daerah Kota Tinggiberlandaskan tata cara pengurusan kewangan.

4.2.2.2 Kelemahan-kelemahan yang dihadapi70oleh Guru Besarsekolah-sekolahkebangsaan Daerah Kota Tinggi dalampengurusan kewangan berdasarkanlaporan audit kewangan4.2.2.3 Masalah-masalah yang dihadapi oleh76Guru Besar sekolah-sekolah kebangsaanDaerah Kota Tinggi semasamengurus kewangan sekolah.4.2.2.4 Kaedah untuk mengatasi84kelemahan-kelemahan pengurusankewangan sekolah yang dicadangkanoleh Guru Besar sekolah-sekolahkebangsaan Daerah Kota Tinggi5RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN905.1Pengenalan905.2Rumusan Kajian915.3Perbincangan Kajian935.3.193Amalan pengurusan kewangansekolah Guru Besar Sekolah-SekolahKebangsaan Daerah Kota Tinggi berlandaskantata cara pengurusan kewangan.5.3.2Masalah-masalah yang dihadapioleh Guru Besar sekolah- sekolahkebangsaan Daerah Kota Tinggisemasa mengurus kewangansekolah.96

5.3.3Kelemahan-kelemahan yang dihadapi100oleh Guru Besar sekolah-sekolahkebangsaan Daerah Kota Tinggi dalampengurusan kewangan berdasarkanlaporan audit kewangan5.3.4Kaedah untuk mengatasi103kelemahan-kelemahan pengurusankewangan sekolah yang dicadangkanoleh Guru Besar sekolah-sekolahkebangsaan Daerah Kota Tinggi5.4Cadangan Kajian1065.4.1Guru besar1075.4.2Institut Aminuddin Baki1085.4.3Kementerian Pelajaran Malaysia1095.5Cadangan Kajian Lanjutan1105.5Penutup111Rujukan112-120Lampiran A121-169

VIIISENARAI JADUALNO. JADUAL3.1TAJUKSubjek Kajian mengikut sekolah danHALAMAN47Sijil Pengauditan Jabatan Audit Sekolah Tahun 20103.2Taburan soalan protokol temu bual guru besar dalam50bahagian berdasarkan persoalan kajian3.3Taburan soalan protokol temu bual guru besar51dalam bahagian B berdasarkan persoalan kajian3.4Proses penganalisaan data kualitatif544.1Taburan subjek mengikuti tempoh menjadi guru besar594.2Taburan subjek mengikut tempoh berkhidmat di sekolah berkenaan604.3Taburan subjek mengikut pengalaman sebagai61Penolong kanan 1 (PK 1)4.4Taburan subjek mengikut pengalaman sebagai62Penolong kanan Hal Ehwal murid4.5Taburan subjek mengikut pengalaman sebagai65Penolong kanan Kokurikulum (PK Korikulum)4.6Taburan sekolah subjek mengikut tahap prestasiaudit sekolah pada tahun201064

IXSENARAI SINGKATANKPM- Kementerian Pelajaran MalaysiaPPD- Pejabat Pelajaran DaerahJPN- Jabatan Pelajaran NegeriBSM- Bahagian Sumber ManusiaPTJ-Pusat tanggung jawabKDNK- Keluaran Dalam Negara KasarPK HEM- Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPK KK- Penolong Kanan Ko-kurikulumPAS- Pejabat Audit SekolahPCG- Bantuan Per kapita GranPT- Pembantu TadbirIAB- Insistitut Aminudin Baki

XSENARAI LAMPIRANLAMPIRANTAJUKHALAMANAProtokol temu bual Guru besar121-123BTranskripsi temu bual Guru besar124-166CSurat Kebenaran Fakulti167DSurat Kebenaran Jabatan Bahagian Perancangan168Dan Penyelidikan KPM

1BAB 1PENDAHULUAN1.0PengenalanPengurusan kewangan adalah penting di sekolah kerana tanpa peruntukankewangan yang mencukupi, program dan aktiviti sekolah tidak dapat dijalankan secaralebih berkesan. Pengurusan kewangan merujuk kepada peruntukan yang terdapat dalamAkta Pendidikan (Akaun dan Audit), 1962 yang dikeluarkan di bawah Akta Pendidikan1996.Di bawah peruntukan itu, mengikut Surat Pekeliling Kewangan KementerianPelajaran Malaysia Bil. 4 Tahun 1988, pihak sekolah dikehendaki menyelenggara,menyimpan akaun-akaun dan rekod-rekod dengan sempurna menyedia dan mengemukakansatu penyata akaun pada tahun kewangan yang baru berlaku kepada pihak audit tidaklewat dari 28 atau 29 Februari tahun berikutnya (yang mana berkenaan). Ini bertujuanmembolehkan penyelarasan ataupun pembetulan dibuat pada penyata akaun itu adangurubesarperlubertanggungjawab penuh bagi merancang, mengurus dan mengawal serta menentukanpengurusan kewangan di sekolah dengan cekap dan berkesan ( Zaidatol Akmaliah, 2003).

2Para pengetua dan guru besar perlu mentadbir kewangan sekolah mengikutpanduan yang ditetapkan oleh Buku Tatacara Pengurusan Kewangan dan PerakuananKumpulan Wang Sekolah, 2005, surat-surat Pekeliling yang dikeluarkan oleh BahagianKewangan, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pelajaran Negeri Johor.Pernyataan ini member tanggungjawab mengendalikan urusan akaun dan kewangansekolah dengan sempurna termasuk rekod-rekod kewangan. Ini selaras dengan keperluanArahan Perbendaharaan 53:“Semua pegawai pengawal adalah bertanggungjawab melaksanakan kewajibankewangan pejabat masing-masing dengan sempurna. Tanggungjawab tersebut adalahmemungut dengan sewajarnya segala wang awam yang patut diterima oleh atau di bawaharahan mereka, menyimpannya dengan selamat serta juga bertanggungjawab sekiranyaakaun yang dikemukakan oleh mereka atau di bawah kuasa mereka didapati tidak betul.Sebarang perwakilan kewajiban ini kepada pegawai lain hendaklah dibuat dengan arahanbertulis. Bagaimanapun, seorang pegawai itu secara amnya tidak terlepas daritanggungjawabnya sendiri setelah perwakilan rtanggungjawabkansepenuhnyauntuk memastikan bahawa aspek pengurusan kewangan sekolah dijalankanmengikut prosedur dan peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan melalui surat-suratPekeliling Kewangan dan Perakaunan Sekolah; Arahan Perbendaharaan; dan AktaPendidikan 1996 (Mokhtar Ibrahim, 2007). Pihak sekolah perlu mematuhi peruntukandalam Akta Kewangan dan Arahan Perbendaharaan di samping peraturan-peraturan yangdikeluarkan dari semasa ke semasa oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia melaluisurat-surat pekeliling. Adalah menjadi dasar Kementerian Pelajaran Malaysia memberipenekanan kepada Pengurusan Kewangan dan Perakaunan yang berkesan.

3Segala sumber dan pendapatan perlu diurus dengan cekap dan mematuhi peraturankewangan supaya segala peruntukan kewangan di sekolah dapat digunakan secara efisiendan optimum.Bagi menentukan dasar Kementerian Pelajaran Malaysia dilaksanakan dengan lebihberkesan, tatacara kewanagn perlu sentiasa dikaji dan dikemas kini bagi memenuhiobjektif kewangan semasa (Bahagian Kewangan, Kementerian Pelajaran Malaysia, 2004).Aspek kewangan adalah tugas penting yang perlu dikendalikan secara sistematik danberkesan. Pengetua atau guru besar bertanggungjawab sepenuhnya menentukan aspekkewangan sekolah supaya berjalan mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan olehkerajaan. Beliau juga bertanggungjawab memastikan tiada sebarang penyelewenganberlakudalam pentadbiran kewangan sekolah. Oleh itu, pengetua atau guru besarbertanggungjawab menentukan pentadbirankewangansekolah dijalankan mengikutperaturan-peraturan yang ditetapkan dalam perintah kewangan.Pengetua atau guru besar dikehendaki mengkaji dan mematuhi segala prosedurkewangan bagi menentukan kelicinan pengurusan kewangan sekolah. Oleh yang demikian,pengetahuan dalam ilmu simpankira adalah perlu bagi membolehkan pengetua atau gurubesar membuat perancangan kewangan di samping menyelia kerja-kerjapekeraniandengan berkesan (Zaidatol Akmaliah, 2003). Secara umum, kejayaan pelaksanaanpengurusan kewangan sekolah amat bergantung pada sikap dan kefahaman pengetua,pembantu tadbir kewangan dan guru -guru di sekolah sebagai pelaksana atau “pemainutama” terhadap perubahan dasar ini. Ini adalah kerana pelaksana akan melaksanakansesuatu polisi berdasarkan kepada apa yang difahami dan menterjemahkan melaluitindakannya (Caldwell & Spinks, 2003). Jika sesebuah sekolah ingin mencapai ke tahapkecemerlangan, pengurusan kewangan perlu dilaksanakan dengan cekap dan berkesan(Reynolds et al., 2001) kerana banyak kajian menemui wujudnya perkaitan yang rapat diantara kejayaan sesebuah sekolah dengan jumlah wang yang diurus dan digunakan secarabijaksana (Borman et al., 2000). Sehubungan dengan kenyataan tersebut, Burrup (2003)menegaskan pengurusan kewangan yang cekap bukan bermakna penjimatan wang daripadaberbelanja tetapi lebih menumpukan perbelanjaan berkesan yang menghasilkan manfaat

4yang banyak kepada pencapaian murid. Justeru, pengurusan kewangan yang cekap danberkesan amat bergantung kepada kebijaksanaan kepemimpinan sekolah untuk merancangsebelum perbelanjaan dilakukan di mana dengan perancangan yang teliti, kepemimpinanpengetua akan dapat menentukan agihan bantuan dengan baik.Semasa mengurus kewangan sekolah, pengetua atau guru besar perlu menitikberatkan perancangan dan kawalan di samping mengambil kira unsur-unsur pentadbiranyang lain. Matlamatnya adalah supaya sekolah dapat berfungsi dengan baik denganadanya pengurusan kewangan yang teratur. Tugas pengetua atau guru besar sebagai ketuadi sekolah adalah untuk memastikan segala kutipan dipungut mengikut tatacara yangditetapkan dan perbelanjaan dilakukan menepati tujuan bagi meningkatkan mutupengajaran dan pembelajaran guru –murid.Menurut Adi Baidiozaman (2003), tiga aspek kewangan yang perlu diberi perhatianoleh pemimpin sekolah dalam usaha meningkatkan dan menjamin akauntabiliti dankeberkesanan pengurusan kewangan di peringkat sekolah masing-masing adalah:(1)Tahappenglibatan pengetua atau guru besar dalam hal ehwal pengurusan kewangan, (2)Kecekapan mengenal pasti dan memperbaiki beberapa kelemahan dalam pengurusan danpengawalan kewangandan (3) Kemahiran dan keupayaan mewujudkan beberapapendekatan dan mekanisme pengurusan bagi meningkatkan akauntabaliti di akalangansemua pihak warga sekolah.Oleh itu, dalam mengurus kewangan sekolah pengetua atau guru besar perlumampu menjelaskan dan menerangkan sumber-sumber kewangan yang diperolehi dan kearah mana ia dibelanjakan kepada pihak tertentu bagi memenuhi kehendak pelanggan.Pengetua atau guru besar juga perlu memastikan semua sumberkewangan sekolahdigunakan secara cekap untuk kepentingan pelajar. Menurut Zaidah (2004), kecekapanialah mendapatkan output yang optimum dengan menggunakan input yang minimum.Aspek kecekapan ini mengukur sejauh mana sumber-sumber input digunakan secaraoptimum bagi menghasilkan output.

5Petunjuk kecekapan atau “efficiency indicator” pula menentukan setakat mana sumbersumber agensi digunakan secara optimum dalam pengeluaran output.Adi Badiozaman Tuah (2001) dan Zaidatol Akmaliah Lope Pihie (1998)menghuraikan amalan menjelaskan bahawa seseorang guru besar bertanggungjawab untukmemenuhi kehendak perundangan dengan menguruskan kewangan sektor awam secaracheck and balance. Perundangan atau peraturan yang digubal bertujuan untuk menjaminpengurusan kewangan awam diuruskan secara cermat, amanah dan berakauntabiliti.Pengetua atau guru besar yang bertindak sebagai pegawai pengawal seharusnya berupayauntuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan dalam menguruskan kewangan sekolah.Omardin Ashaari (1996) menegaskan pengetua yang berpengalaman dan berpengetahuanamat memahami keperluan-keperluan sekolah mereka. Namun, isu berkaitan denganpengurusan kewangan yang dikhuatiri berlaku di sekolah ialah tahap kemampuanpemimpin yang rendah untuk menguruskan kewangannya.Laporan audit bersyarat bagi tahun 2000 yang dikeluarkan oleh Bahagian AuditSekolah (KPM, 2000) menyokong kenyataan tersebut dengan menemui sebanyak 1,579(25.41%) daripada 6,213 buah sekolah tidak mematuhi peraturan-peraturan kewangan danpekeliling sedia ada. Selanjutnya, Kogan (1986) menegaskan terdapat tiga aspek utamamengenai pengurusan kewangan yang perlu diberi perhatian oleh seseorang pemimpinsekolah untuk menjamin dan meningkatkan akauntabiliti dan keberkesanan pengurusankewangan di sekolah mereka.Kedudukan pengetua dalam sesebuah sekolah amat penting kerana merekaberkuasa, autoriti dan tanggungjawab untuk melaksanakan peraturan yang telah digubaloleh kerajaan bagi melicinkan pengurusan kewangan sekolah selaras dengan visi dan misipendidikan.

6Ini bermaksud pengetua selaku pegawai pengawal perlu melibatkan din merekasecara langsung dalam semua hal ehwal yang berkaitan dengan kewangan seperti aktivitiaktiviti perbelanjaan, penggunaan dan kawalan sumber serta aset agar pengurusankewangan dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan (Adi Badiozaman Tuah,2001;Pounder, Ogawa, & Adams, 1995; Shahril Marzuki, 1993). Belanjawan sekolahadalah salah satu aspek dalam pengurusan kewangan sekolah yang mesti diketahui olehsetiap pengetua atau guru besar. Menurut Steiss dalam Zaidatol Akmaliah (2001),belanjawan adalah suatu perancangan menyeluruh yang mengandungi pelbagaiperkhidmatan, aktiviti dan projek untuk dilaksanakan serta keperluan perbelanjaan dansumber-sumber kewangan bagi menentukan kejayaannya. Menurut Pfinner dan Presthus(1968) dalam Zaidatol Akmaliah (2001), dalam belanjawan mengandungi perkara-perkaraseperti menentukan polisi kewangan iaitu mengagih-agihkan pendapatan untuk programprogram dan membelanjakan wang dengan jujur dan bijak. Seterusnya Xavier (2003),menegaskan pengetua atau guru besar perlu mahir dalam pengurusan belanjawan sekolahkerana dengan adanya pengurusan belanjawan yang baik dapat menentukan sistemperancangan hasil dan perbelanjaan pada masa hadapan.Pengetua atau guru besar perlu mengetahui secara teliti dan terperinci tugasnyadalam mengurus kewangan sekolah. Walaupun tugas pentabir dan pengurus sekolah adalahpelbagai namun dalam mengurus kewangan mengikut Zaidatol Akmaliah (2001) danShahril Marzuki (2005) sebagimana yang ditetapkan oleh kementerian Pelajaran Malaysiaadalah meliputi senarai berikut adalah (1) Menyediakan anggaran belanjawan sekolahsetiap tahun, (2) Mengurus tuntutan pembayaran per kapita dan peruntukan lain, ( 3)Menentukan segala kutipan yuran dan SUWA serta lain-lain sumber pendapatan dibuatdengan sempurna, (4) Mengurus segala perbelanjaan dan pembayaran, (5) Mengurus danmenyempurnakan urusan pembayaran gaji, (6) Mengurus dan menyelenggara buku tunai,akaun, dana kerajaan, akaun SUWA (Sumber Wang Awam) dab akaun asrama (jika ada)dan panjar wang runcit, (7) Menyempurnakan segala persediaan bagi audit akaun sekolah,(8) Menentukan Buku Stok diselenggara dengan kemas kini, (9) Menentukan tatacaramenghapuskan stok dibuat dengan sempurna,

7(10) Memperakukan segala tuntutan perjalanan, peperiksaan, elaun lebih masa dan wangruncit, (11).Menjadi pengerusi tender dan sebut harga sekolah,(12) Menjadi setiausahalembaga kewangan dan lembaga pengerusi sekolah, (13) Berikhtiar mendapatkan puncapunca kewangan sekolah, (14). Mengurus setiap dana yang ada di sekolah termasuktatacara dan proses pungutan wang, pembelian,pembayaran, (15) Penyelenggaraan bukubuku akaun, (16) Penyeleggaraan dan tatacara menyimpan stok atau alatan untuk pusatpejabat, makmal, bengkel dan lain-lain, (17) Pengurusan kewangan di kedai buku, kedaikoperasi sekolah dan tender kantin dan (18) Keperluan-keperluan yang ditetapkan olehjuruaudit akaun sekolah.Mengurus perolehan secara berkesanmerupakan sebahagian daripadaaspek pengurusan kewangan sekolah yang perlu diketahui oleh pengetua atau guru besarbagi mengelak pembaziran, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa terhadap perolehan.Menurut Ellison, (2007), prinsip akauntabiliti awam perlu dijadikan amalan oleh setiappegawai yang terlibat dalam mengurus perolehan kerajaan. Dalam menjalankan tugasmengurus perolehan sikap tanggungjawab, amanah, jujur dalam membuat keputusan perludiutamakan. Pengurusan perolehan yang berkesan dapat mengelakkan sebarangpembaziran dan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa ke atas perolehan di sampingmember pulangan yang terbaik bagi setiap ringgit yang dibelanjakan. Bagi memastikanperolehan awam dibuat dengan berkesan, perkara pokok yang perlu diberi perhatian adalahperuntukan yang sentiasa mencukupi, spesifikasi barangan atau perkhidmatan perluditentukan terlebih dahulu dengan mendapatkan perkhidmatan dan nasihat teknikaldaripada individu yang mahir atau pakar dalam bidang berkenaan.

81.2.Latar Belakang MasalahMenurut Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 tahun 1996 Ketua AuditNegara membangkitkan kelemahan-kelemahan pengurusan kewangan dan akaun dalamlaporannya setiap tahun. Kelemahan-kelemahan ini timbul kerana Arahan Perbendaharaandan lain-lain peraturan yang terkandung dalam Akta Prosedur kewangan 1957 (pindaan1972), pekeliling-pekeliling dan surat-surat Pekeliling Perbendaharaan tidak dipatuhisepenuhnya. Walaupun terdapat kemajuan, pematuhan kepada pekeliling ini masih tidakmemuaskan. Isu-isu berkaitan pengurusan kewangan dan akaun yang kerap dibangkitkandalam Laporan Ketua Audit Negara dapat dikategorikan seperti berikut:1.2.1Pengurusan PerbelanjaanKelemahan dalam pengurusan perbelanjaan mengurus dan pembangunanmenyebabkanperbelanjaan melebihi peruntukan, perbelanjaan kurang daripadaperuntukan, peruntukan tidak dibelanjakan langsung, pindahan peruntukan yang diluluskantidak dibelanjakan dan peruntukan tambahan yang diluluskan tidak dibelanjakan lansung.Kawalan perbelanjaan yang kurang efektif juga menyebabkan perbelanjaan yang dilakukantidak selaras dengan kelulusan-kelulusan yang diberi, perbelanjaan tidak mematuhi tatacaraperolehan, bil-bil tidak dijelaskan dalam tempoh masa yang ditetapkan dan baucar bayarantidak disokong dengan butir-butir lebgkap (Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2, 1996).1.2.2. Pengurusan perakaunanTatacara perakaunan tidak dipatuhi dengan sepenuhnya menyebabkan BukuTunai Kumpulan Wang Kerajaan, Buku Tunai Kumpulan Wang SUWA dan Buku TunaiPanjar Wang Runcit tidak diselenggarakan dengan lengkap dan kemas kini, penyataperbelanjaan bulanan tidak dikemaskinikan, penyesuaian bank tidakdiselenggara dengan baik (Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2, 1996).dibuat dan

9Ketidakakuran dalam pengurusan kewangan sekolah ini boleh memberi kesan kepadaproses pengajaran dan pembelajaran murid memandangkan kewangan sekolah adalahmerupakan nadi kepada aktiviti-aktiviti dan program yang dijalankan di sekolah.Walau bagaimanapun, keadaan ini bukan sahaja bergantung pada pelaksana tetapiia juga dipengaruhi oleh kerjasama dan komitmen bahagian-bahagian lain dalam KPMterutamanya yang terlibat secara langsung dengan pengagihan peruntukan kewanganseperti Bahagian Kewangan, Bahagian Sumber Manusia (BSM), Bahagian Sekolah,Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Jabatan PelajaranNegeri (JPN). Komitmen ini amatdiperlukan memandangkan pengurusan kewangan sekolah merupakan aspek pengurusanyang dinamik kerana kadang kalanya berlaku perubahan mengikut dasar kewangan dalamnegara dan keperluan semasa (Odden & Archibald, 2006).Selain itu, kelemahan pengurusan kewangan juga sering dikaitkan dengan”spending again and again and again ” dan kritikan terhadap pelaksana dasar mengenai” spending doesn’tmake different” terhadap program-program yang telah dijalankan(Grubb, 2006). Kritikansebegini secara langsung adalah berkait dengan integriti,kewibawaan dan ketelusan pentadbir kewangan sekolah dalam pengurusan kewangan yangberkesan. Malah, ramai warga Amerika yang dilaporkan kurang berpuas hati pada prestasisekolah awam yang tidak cekap, dan bukan pada peruntukan yang besar dari kerajaan(Ward, 2006). Menurut Unit Unit Akaun Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia mahandarisegipenyelenggaraan dokumen dan rekod serta penyediaan penyata tersebut. Penyatakewangan kerapkali perlu dibetulkan kerana kesilapan atau ketinggalan yang material danfundamental yang menjejaskan ketepatan angka-angka yang ditujukan dalam PenyataKewangan Sekolah. Kesalahan ini adalah mengenai isu yang sama dan telah beberapa kalidilaporkan. Oleh itu pihak sekolah hendaklah memandang serius perkara ini, supayakesalahan dan ketinggalan yang sama tidak akan berulang lagi.

10Dokumen terpenting ialah Buku Tunai. Jika Buku Tunai gagal dikemaskini,pengetua tidak akan dapat mengetahui kedudukan kewangan semasa, kedudukan kewangansekolah, kutipan yang diterima , penerimaan dan pembayaran dan sistem kawalan.Penyalahgunaan wang mudah berlaku jika Buku Tunai tidak dikemaskini setiap masa.Pengetua mestilah memastikan wang di dalam bank sama dengan baki wang di buku tunai.Sebaik-baiknya pengetua menyemak dan menandatangani akaun di Buku Tunai denganbaki di bank adalah seimbang.Mengikut peraturan kewangan, Pengetua / Guru Besar hendaklah memastikansemua pungutan wang tunai diakaunkan ke dalam buku tunai dan dimasukkan ke bank.Peraturan ini penting dari segi kawalan dalaman untuk memastikan semua pungutan telahdiakaunkan dengan betul dan sempurna. Berdasarkan pengauditan yang dibuat, wangbelum bank ini terbahagi kepada dua kategori . Kategori pertama merupakan kutipan yangsudah diterima dan dikeluarkan resit murid tetapi tidak diserahkan ke pejabat untukdirekodkan dalam Buku Tunai dan dimasukkan ke bank. Kategori kedua pula adalahkutipan yang telah diserahkan ke pejabat dan dikeluarkan resit pejabat

panduan untuk memperbaiki kelemahan yang ada dan untuk meningkatkan prestasi guru besar terhadap amalan pengurusan kewangan sekolah yang lebih cekap dan betul. VI ABSTRACT This qualitative study aims to examine how the headmaster’s financial management practices in the Nat