Transcription

Jurnal Pembangunan Sosial Jilid 13 (Jun) 2010: 71–84Pola Perkembangan Kerjaya Pelajar Menurut PerspektifTeori SuperIZZAH SUPENIAHMAD JAZIMIN JUSOHZAKARIA MOHAMADZAINAB ISMAILAbstrakTidak semua pelajar dipengaruhi oleh latar belakang ibu bapa dalammenentukan kerjaya mereka. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji polaperkembangan kerjaya pelajar di sekolah berdasarkan Teori PerkembanganKerjaya Super. Reka bentuk kajian deskriptif berdasarkan kes dan analisisdokumen digunakan dalam kajian ini. Peserta kajian dipilih melaluipensampelan bertujuan. Data dikutip melalui temu bual dan analisis dokumen.Hasil kajian menunjukkan empat tema yang dikenal pasti berdasarkan TeoriPerkembangan Kerjaya Super, iaitu pelajar tidak bergantung kepada pekerjaanibu bapa dalam menentukan kerjaya, kebolehan mental pelajar bukanmerupakan unsur penting dalam membentuk konsep kendiri kerjaya, ciri-ciripersonaliti yang dimiliki pelajar mempengaruhi cara mereka mempersepsikantentang kerjaya, dan pola perkembangan kerjaya berdasarkan peluangpekerjaan yang wujud. Secara keseluruhan, kajian ini boleh menyumbangkepada perkembangan ilmu dalam Teori Perkembangan Kerjaya Super.Kata kunci: Perkembangan kerjaya, pelajar, konsep kendiri.AbstractNot all students have been influenced by their parents background in choosingtheir career. The aim of this study is to examine patterns of career developmentfor school students based on Super Career Development Theory. Descriptiveresearch design based on cases and document analysis has been used in thisstudy. Research participants were selected through purposive sampling anddata were collected through interviews and document analysis. Results showthat there are four themes identified based on Super Career DevelopmentTheory, namely students do not depend on the work of parents in determiningtheir career, mental ability is not an important element in shaping the careerself concept, the personality characteristics possessed by students influenced

72Jurnal Pembangunan Sosial Jilid 13the way they perceive about their careers, and the pattern of career developmentis based on employment opportunities that existed. As a whole, this study maycontribute to the development of the Super Career Development Theory.Keywords: Career development, students, self concept.PengenalanPerkembangan kerjaya pelajar sekolah ialah satu proses yang berlaku padazaman seseorang individu itu berada dalam alam persekolahan. Perkembangankerjaya seseorang pelajar ialah satu proses perkembangan yang tersendiri.Dalam konteks psikologi kaunseling, bimbingan kaunseling, psikologiindustri dan perkembangan sumber manusia, kerjaya boleh dikaji melaluitiga aliran utama iaitu Teori Pemilihan Kerjaya (Teori Pendekatan Struktur),Teori Perkembangan Kerjaya (Teori Pendekatan Proses) dan Teori MembuatKeputusan Kerjaya. Ketiga-tiga aliran utama ini didapati berupaya membantusemua peringkat perkembangan manusia bermula daripada peringkat kanakkanak, remaja dewasa dan warga tua untuk mencari pekerjaan dan memilihkerjaya. Menurut Mohamed Fadhil dan Rose (2008) kerjaya bagi ahli psikologiorganisasi ialah satu manifestasi tentang diri seseorang apabila kerjayamenjadi indeks atau indikator terjemahan kapasiti, personaliti dan strukturkendiri seseorang itu. Justeru, semua manusia akan berusaha mendekatkandiri dengan sesuatu kerjaya yang dapat memberi makna kepada elemen dankomponen kendiri yang mereka miliki seperti perkembangan potensi, bakat,nilai, personaliti dan kapasiti diri mengikut peningkatan masa dan usia.Hari ini, terdapat ribuan kaunselor sekolah, kaunselor pemulihan,kaunselor kerjaya, ahli psikologi kaunseling, guru dan pekerja sosial yangmelibatkan diri sebagai fasilitator dalam perkembangan kerjaya anak-anak,remaja dan orang dewasa (Brown, 2003). Perkembangan kerjaya pelajar disekolah diandaikan dapat membantu mereka mencapai impian dalam hidup.Menurut Huges dan Karp dalam kajiannya bertajuk School-based careerdevelopment: A synthesis of the literature, mendapati penglibatan pelajardalam program perkembangan kerjaya di sekolah membantu mereka mendapatgred yang tinggi, membina hubungan yang baik dengan guru, meningkatkanperancangan dan pengetahuan kerjaya, meningkatkan pengetahuan kendiridan keyakinan diri serta mengurangkan keraguan dalam membuat keputusan(Amla, Zuria & Mokhtar, 2007).Dalam konteks perkembangan kerjaya, terdapat dua teori yangdikategorikan sebagai teori perkembangan kerjaya. Teori tersebut ialah TeoriPerkembangan Kerjaya Ginzberg dan Teori Perkembangan Kerjaya Super.Teori Perkembangan Kerjaya Ginzberg mengandaikan proses perkembangan

Pola Perkembangan73kerjaya seseorang individu mempunyai hubungan yang selari denganperkembangan dirinya iaitu yang bermula daripada peringkat kanak-kanakatau peringkat fantasi iaitu sekitar umur 4–12 tahun, peringkat tentatif iaitusekitar umur 13–15 tahun, peringkat realiti iaitu sekitar umur 15–20 tahun danperingkat dewasa iaitu sekitar umur 20 tahun dan ke atas (Mohamed Fadhil &Rose, 2008). Teori Perkembangan Kerjaya Super juga mengandaikan prosesperkembangan kerjaya seseorang individu bermula daripada peringkat kanakkanak berusia empat tahun lagi. Walau bagaimanapun, perkembangan kerjayaseseorang menurut Teori Perkembangan Kerjaya Super dipengaruhi olehkonsep kendiri individu itu sendiri (Sidek, 2001; Mohamed Fadhil Che Din &Rose Jacob, 2008).Dengan adanya teori perkembangan kerjaya, para kaunselor khususnyakaunselor sekolah dan kaunselor kerjaya mempunyai satu panduan yangsistematik untuk mengendalikan sesi bimbingan dan kaunseling kerjaya.Namun, berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Rohany (2008), kelemahanpencapaian pelajar lelaki dalam akademik mengehadkan pilihan pekerjaan bagimereka kepada bidang dan jenis pekerjaan berstatus rendah dan berpendapatankurang. Bagi pelajar perempuan pula, walaupun pencapaian akademik merekatinggi, mereka didapati lebih suka memilih bidang pekerjaan yang seringdikaitkan dengan wanita seperti perguruan. Dalam hal ini, ibu bapa juga turutbimbang dan cemas kerana kurang arif untuk membantu memilih kerjaya anakanak mereka, terutamanya dalam keadaan dunia pekerjaan yang sukar untukdijangkakan dan dibuat ramalan yang tepat. Menurut Rohany (2008), peluangpendidikan yang banyak, pengeluaran yang tidak seimbang dengan permintaanpekerja, persaingan yang kian hebat dan pasaran kerja yang berubah denganpantas, menjadikan proses pemilihan kerjaya sangat mengelirukan danpenempatan kerjaya sangat menyukarkan. Penawaran bidang pekerjaan yangbaharu dan pelbagai membuat para remaja tertekan kerana sukar membuatkeputusan. Kerelevanan sesuatu bidang pengajian terutamanya dalam bidangyang terlalu mengkhusus dan mempunyai hubungan dengan perkembanganteknologi semasa menyebabkan jangka hayat kerelevanan sesuatu bidang itutidak dapat dijangkakan, ataupun terlalu singkat kerana banyak bergantungkepada perubahan teknologi.Hasil kajian Rohany (2008) ini menunjukkan perancangan kerjayasangat sukar dilakukan. Kesukaran dan kekeliruan dalam perancangan kerjayamenimbulkan tekanan kepada pelajar dan ibu bapa. Fenomena ini mempunyaihubungan dengan peluang kerjaya sebagaimana yang dinyatakan oleh TeoriPerkembangan Kerjaya Super. Oleh itu, bagaimanakah Teori PerkembanganKerjaya Super dapat membantu perkembangan kerjaya seseorang individu?bagaimanakah latar belakang pelajar dan apakah pola perkembangan kerjayapelajar di sekolah relevan dengan Teori Perkembangan Kerjaya Super?Justeru, tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti elemen dalam Teori

74Jurnal Pembangunan Sosial Jilid 13Perkembangan Kerjaya Super yang dapat membantu perkembangan kerjayaseseorang individu, latar belakang pelajar dan pola perkembangan kerjayapelajar di sekolah sama ada relevan atau tidak dengan Teori PerkembanganKerjaya Super.Elemen Teori Perkembangan Kerjaya SuperTeori Perkembangan Kerjaya Super mula diperkenalkan oleh Donald E. Superpada tahun 1952. Teori ini ialah kesinambungan daripada Teori PerkembanganKerjaya Ginzberg yang diperkenalkan pada tahun 1951. Teori PerkembanganKerjaya Super ini diasaskan kepada konsep kendiri yang ada dalam diriseseorang. Hal ini kerana teori ini mengandaikan konsep kendiri yang adadalam diri seseorang akan mempengaruhi pemilihan kerjaya dan kepuasanseseorang dalam kerjaya (Zunker, 2002). Menurut Super, konsep kendiriialah penilaian seseorang individu itu terhadap dirinya sendiri. Individu akanmembuat penilaian terhadap dirinya sendiri dengan mencari kekuatan dankelemahan yang ada. Seseorang akan melihat dirinya dari pelbagai aspekiaitu kematangan fizikal, mental, emosi, potensi diri, bakat semula jadi, minat,nilai, kendiri moral dan etika, kendiri keluarga, kendiri sosial, tingkah lakudan kepuasan kendiri itu sendiri. Penilaian kendiri dilakukan secara natural,kadangkala disedari dan kadangkala tidak disedari. Dengan kata lain, individuakan mencari dirinya, memahami dirinya dan akan bertindak mengikutkemampuan dirinya itu (Sidek, 2001).Individu yang mempunyai konsep kendiri positif akan selalu dikaitkandengan pencapaian akademik yang tinggi, pemilihan kerjaya yang baikdan gaya kepimpinan yang cemerlang. Individu yang mempunyai konsepkendiri yang rendah pula akan dikaitkan dengan pencapaian akademik yangrendah, kerjaya yang kurang baik, tidak stabil dan gaya kepimpinan yanglemah serta kucar-kacir (Sidek, 2001). Menurut Sidek (2001), Super lebihgemar menggunakan pendekatan daripada menggunakan teori dan beliaumencadangkan tiga pendekatan iaitu pembezaan (differential), perkembangan(development) dan fenomena psikologi sosial (social phenomenologicalpsychology). Pembezaan yang dimaksudkan oleh Super ialah pembezaanindividu (individual differences) dari segi minat, kecenderungan, kebolehandan personaliti masing-masing. Perkembangan yang dimaksudkan oleh Superpula ialah perkembangan konsep kendiri yang terbahagi kepada lima peringkatiaitu peringkat pertumbuhan (lahir–14 tahun), peringkat penerokaan (15–24tahun), peringkat pengukuhan (25–44 tahun), peringkat pengekalan (45–64tahun) dan peringkat penurunan (65 tahun dan ke atas). Kelima-lima peringkatini akan banyak mempengaruhi pemilihan dan kestabilan kerjaya seseorangindividu itu. Fenomena psikologi sosial yang dimaksudkan oleh Super pulaialah proses perkembangan kerjaya yang berlaku pada seseorang melibatkan

Pola Perkembangan75kompromi luaran antara individu dengan dunia pekerjaan serta kompromidalaman antara keperluan individu, ibu bapa dan pengaruh kebudayaan.Menurut Crow, terdapat lima faktor yang mempengaruhi seseorangmenceburi alam pekerjaan. Faktor tersebut ialah (i) keupayaan, minat dansifat peribadi, (ii) mengenal pasti bidang pekerjaan yang ada dan syarat-syaratyang dikehendaki, (iii) mempunyai kebolehan dalam sesuatu pekerjaan, (iv)mempunyai darjah minat yang tinggi terhadap aktiviti pekerjaan dan (v)mempunyai keupayaan untuk mendapat kepuasan daripada pekerjaan yangdiceburi (Mohamed Fadzil, 2009). Selain itu, terdapat sembilan lagi faktoryang mempengaruhi seseorang menceburi bidang pekerjaan iaitu (i) memenuhiminat, (ii) menguji keupayaan dan kebolehan, (iii) mencari kepuasan, (iv)mencari sumber kewangan, (v) memupuk sokongan sosial, (vi) membinaidentiti dan harga diri, (vii) mencari kedudukan, (viii) memberi sumbangandan (ix) memenuhi tuntutan agama (Mohamed Fadzil, 2009).Terdapat tujuh elemen dalam Teori Perkembangan Kerjaya Super yang bolehdijadikan pola kepada perkembangan kerjaya seseorang iaitu (Sidek, 2001;Brown, 2003; Rohany; 2008; Mohamed Fadzil & Rose, 2008):1.2.3.4.5.6.7.Individu berbeza dari segi minat, kecenderungan, kebolehan danpersonaliti.Individu mempunyai kelayakan untuk melakukan beberapa jenispekerjaan dan mempunyai potensi yang pelbagai untuk berjaya danmencapai kepuasan dalam melakukan sesuatu pekerjaan.Individu mempunyai corak kebolehan bekerja berasaskan kebolehan,minat dan trait personaliti.Individu bekerja mengikut model yang signifikan yang membentukminatnya kepada sesuatu pekerjaan.Individu bergantung kepada peringkat kesinambungan penyesuaianyang melibatkan peringkat pertumbuhan, penerokaan, pengukuhan,pengekalan dan penurunan.Individu bergantung kepada peringkat kehidupan yang bermula daritahap kanak-kanak yang memfantasikan diri dalam pelbagai bidangpekerjaan hingga ke tahap penerokaan, penubuhan, pengukuhan danakhir sekali penurunan atau persaraan.Individu bergantung kepada corak kerjaya yang dicapai berasaskantahap sosioekonomi ibu bapa, kebolehan mental, pendidikan,kemahiran, ciri-ciri personaliti (kehendak, nilai, minat, trait dankonsep kendiri) dan kematangan kerjaya yang terdedah kepadaseseorang individu.Menurut Amla dan Puteh (1992), Teori Perkembangan Kerjaya Supermengemukakan sepuluh gagasan yang dapat dirumuskan seperti berikut:

761.2.3.4.5.1.2.3.4.5.Jurnal Pembangunan Sosial Jilid 13Manusia berbeza dari segi kebolehan, minat dan personaliti.Oleh kerana kebolehan manusia berbeza, mereka layak untukmemasuki pelbagai jenis pekerjaan.Setiap pekerjaan memerlukan suatu pola tertentu yang dapatmenampung pelbagai ragam orang dalam setiap pekerjaan.Walaupun konsep kendiri mantap daripada peringkat lewat remajahingga peringkat kematangan, keutaman vokasional (kerjaya)berubah dari semasa ke semasa dan juga dengan pengalaman.Proses ini dapat dirumuskan dalam satu siri peringkat kehidupan yangdicirikan sebagai peringkat pertumbuhan, penerokaan, pembentukan,pengekalan dan kemerosotan. Seterusnya peringkat-peringkat inidapat dibahagikan kepada (a) fasa khayalan, fasa sementara, dan fasarealistik dalam peringkat penerokaan, dan (b) fasa percubaan danstabil pada tahap pembentukan.Bentuk pola kerjaya ditentukan oleh taraf sosioekonomi ibu bapa,keupayaan mental, personaliti serta peluang individu.Perkembangan dipandu oleh kematangan kebolehan, minat, pengujianrealiti dan konsep kendiri.Pada asasnya, proses perkembangan vokasional ialah perkembangandan pelaksanaan konsep kendiri yang merupakan satu proses tolakansur. Konsep kendiri merupakan hasil interaksi sikap yang diwarisi,pembentukan neural dan endokrin, peluang untuk memainkanpelbagai peranan dan penilaian tentang sejauh mana hasil perananyang dimainkan diterima oleh teman dan orang atasan.Proses tolak ansur antara individu dengan faktor sosial, antara konsepkendiri dengan realiti, ialah proses memainkan peranan sama adadalam khayalan, dalam temu bual kaunseling atau dalam kegiatanhidup sebenar.Kepuasan bekerja dan kepuasan hidup bergantung kepada sejauhmana seseorang dapat menyalurkan kebolehan, minat, ciri personalitidan nilainya.Daripada tujuh elemen dan sepuluh gagasan ini, kajian ini mendapatiterdapat empat bentuk pola kerjaya yang ditentukan oleh Teori PerkembanganKerjaya Super. Empat bentuk pola kerjaya tersebut ialah taraf sosioekonomiibu bapa, keupayaan mental, ciri personaliti dan peluang individu. Darisegi kaunseling kerjaya, pola perkembangan kerjaya bagi seseorang adalahpenting. Perkara ini adalah kerana kaunseling kerjaya yang juga dikenalisebagai kaunseling vokasional bermaksud bidang kaunseling yang berkaitanpemberian bantuan dalam proses membuat keputusan, memilih jawatanpekerjaan, penempatan kerja, penyesuaian jawatan dan pendidikan jawatan(Andi Mappiare, 2006). Oleh itu, dalam konteks kajian ini, pola perkembangankerjaya pelajar di sekolah diukur dengan merujuk kepada keempat-empat polakerjaya ini.

Pola Perkembangan77Kaedah KajianKajian ini memilih multi-case single-site study sebagai reka bentuk kajian.Sebanyak empat orang pelajar tingkatan 4 dalam pelbagai aliran daripadasebuah sekolah yang terletak di negeri Selangor dipilih sebagai peserta kajian.Mereka dipilih secara purposive, iaitu berasaskan keupayaan mereka untukmembuat refleksi dan keupayaan mereka untuk memberi penerangan berkaitandengan aspek yang dikaji. Dalam kajian ini mereka dikenali sebagai Peserta 1,Peserta 2, Peserta 3 dan Peserta 4. Untuk mengkaji latar belakang peserta kajian,kajian ini mengumpul data melalui analisis dokumen Sistem Maklumat Murid’dan Kad Profil Pelajar’. Bagi mengenal pasti bentuk pola perkembangankerjaya pelajar pula, kajian ini mengumpul data melalui temu bual. Data yangdiperoleh melalui analisis dokumen dianalisis secara deskriptif, manakaladata yang diperoleh melalui temu bual dianalisis menggunakan pendekatantematik. Pemilihan empat orang peserta kajian ini berasaskan ketepuan data.Tema yang diperoleh setelah penganalisisan data dilakukan terhadap temu bualditranskripsikan secara verbatim.Latar Belakang Peserta KajianBerdasarkan analisis dokumen ’Sistem Maklumat Murid’ dan ’Kad ProfilPelajar’, keempat-empat peserta kajian didapati mempunyai bapa yang bekerja.Hanya seorang peserta kajian yang mempunyai ibu yang bekerja, manakalatiga orang peserta kajian yang lain mempunyai ibu yang bertugas sebagai surirumah. Dari segi kebolehan mental, kesemua peserta kajian didapati berada didalam kelas yang berbeza. Ada yang mengikuti Kelas Sains Rekacipta, KelasPerakaunan, Kelas Sains Maklumat dan Kelas Pendidikan Vokasional. Begitujuga dari segi pemilihan kerjaya, kesemua peserta kajian didapati mempunyaiminat yang berbeza. Ada yang memilih jurutera, juruaudit, doktor sakit puandan polis sebagai kerjaya. Walau bagaimanapun, dari segi ciri personaliti,didapati dua orang peserta mempunyai trait yang sama iaitu suka menolongorang, manakala dua orang peserta kajian yang lain mempunyai trait yangberbeza iaitu suka kerja luar dan suka kerja dalam (Jadual 1).Jadual 1Latar Belakang Peserta Kajian (Pelajar)SampelPekerjaanBapaPekerjaanIbuPeserta 1MekanikSuri RumahKebolehanMentalKelas SainsRekacipta3A 1B 1C 1D 3GCiriPersonalitiPemilihanKerjayaSuka kerjaluarJurutera(sambungan)

78Jurnal Pembangunan Sosial Jilid 13Peserta 2PetaniSuri RumahPeserta 3GuruGuruPeserta 4PetaniSuri RumahKelasPerakaunan2A 2B 1C 2D 2GKelas SainsMaklumat2A 2B 3C 1D 1GKelas PendidikanVokasional4B 1C 2D 2GSumber. Sistem Maklumat Murid dan Kad Profil PelajarSuka oktorSakit PuanPolisTeori Perkembangan Kerjaya Super menentukan empat bentuk polaperkembangan kerjaya iaitu pekerjaan ibu bapa, kebolehan mental, ciripersonaliti dan peluang kerjaya sebagai pola yang berupaya membentukperkembangan kerjaya seseorang pelajar. Kajian ini memilih keempatempat pola perkembangan kerjaya tersebut sebagai indikator utama. Hasilanalisis dokumen yang dilakukan ke atas Sistem Maklumat Murid dan KadProfil Pelajar, kajian ini mendapati terdapat tiga pola perkembangan kerjayapelajar di sekolah yang sama dengan pola perkembangan kerjaya dalam TeoriPerkembangan Kerjaya Super iaitu pekerjaan ibu bapa, kebolehan mental danciri personaliti. Satu lagi pola perkembangan kerjaya pelajar ialah pemilihankerjaya. Pola ini adalah berbeza dengan pola perkembangan kerjaya dalamTeori Perkembangan Kerjaya Super yang keempat iaitu peluang pekerjaan.Daripada keempat-empat pola ini, hanya pola ciri personaliti yangmenunjukkan mempunyai hubungan dengan perkembangan kerjaya pelajar disekolah. Hubungan ini adalah signifikan kerana ciri personaliti yang dimilikioleh kesemua peserta bersesuaian dengan pemilihan kerjaya mereka. Sebagaicontoh, Peserta 1 suka kerja luar dan memilih kerjaya jurutera, Peserta 2 sukakerja dalam dan memilih kerjaya juruaudit, Peserta 3 suka tolong orang danmemilih kerjaya doktor sakit puan, manakala Peserta 4 juga suka tolong orangdan memilih kerjaya polis (Jadual 1).Begitu juga dengan kebolehan mental, kajian ini mendapati jurusanyang dipilih dan prestasi yang dicapai oleh mereka dalam akademik ada yangbersesuaian dan ada yang tidak bersesuaian dengan pemilihan kerjaya mereka.Peserta 1 yang memilih kerjaya jurutera, bersesuaian dengan perkembangankerjayanya kerana beliau memilih kelas sains rekacipta. Begitu juga denganPeserta 2 yang memilih kerjaya juruaudit, bersesuaian dengan perkembangankerjayanya kerana beliau memilih kelas perakaunan. Namun Peserta 3 danPeserta 4 adalah sebaliknya. Kedua-duanya berada di dalam kelas yang tidakbersesuaian dengan pemilihan kerjaya mereka. Sebagai contoh, Peserta 3berada di dalam kelas sains maklumat, tetapi memilih kerjaya doktor sakitpuan, manakala Peserta 4 pula berada di dalam kelas pendidikan vokasional,tetapi memilih kerjaya polis (Jadual 1).

Pola Perkembangan79Pola Perkembangan Kerjaya PelajarBerdasarkan temu bual, kajian ini menunjukkan selain pekerjaan ibu bapa,kebolehan mental, ciri personaliti dan pemilihan kerjaya yang membentukpola perkembangan kerjaya pelajar di sekolah, terdapat empat lagi komponenyang membentuk pola perkembangan kerjaya pelajar di sekolah. Empatkomponen tersebut ialah pengaruh adik beradik, kemahiran berfikir dankreatif, minat dan peluang pekerjaan. Pola peluang pekerjaan ini adalah samadengan pola perkembangan kerjaya yang disarankan oleh Teori PerkembanganKerjaya Super. Ringkasnya dapat dirumuskan bahawa daripada lapan bentukpola perkembangan kerjaya pelajar, empat daripadanya adalah bersamaandengan pola perkembangan kerjaya yang ditentukan oleh Teori PerkembanganKerjaya Super iaitu pekerjaan ibu bapa, kebolehan mental, ciri personaliti danpeluang kerjaya. Empat pola perkembangan kerjaya yang lain ialah penemuanbaharu yang diperoleh dalam kajian ini iaitu pengaruh adik beradik, kemahiranberfikir dan kreatif, minat dan pemilihan kerjaya.Pekerjaan Ibu BapaPekerjaan ibu bapa didapati berupaya membentuk pola perkembangan kerjayapelajar di sekolah. Menurut Teori Perkembangan Kerjaya Super, pekerjaan ibubapa ialah komponen yang amat signifikan dalam pola perkembangan kerjayapelajar. Hasil kajian ini menunjukkan hanya Peserta 3 yang mempunyai ibudan bapa yang menjawat jawatan profesional iaitu guru. Peserta 1 mempunyaibapa yang bekerja sebagai mekanik, Peserta 2 dan Peserta 4 pula mempunyaibapa yang bekerja sebagai petani manakala ibu kepada Peserta 1, Peserta 2dan Peserta 4 ialah suri rumah. Walaupun Peserta 1 menunjukkan pemilihankerjayanya hampir sama dengan pekerjaan bapanya iaitu mekanik, namunpeserta lain sebaliknya. Pemilihan kerjaya mereka adalah berbeza jikadibandingkan dengan pekerjaan ibu bapa mereka. Umpamanya Peserta 4menyatakan “.Tak, ayah saya seorang petani. Mak suri rumah. Dia orang takkisah saya nak jadi apa. Yang penting, kerja baik dan halal. Kebetulan sayaminat nak jadi polis. So, nak jadi polislah.”. Ini bererti pola perkembangankerjaya pelajar tidak mempunyai hubungan dengan pekerjaan ibu bapa mereka,sebaliknya mempunyai hubungan dengan minat pelajar itu sendiri.Kebolehan MentalKebolehan mental didapati menjadi pola perkembangan kerjaya pelajar disekolah. Penemuan ini adalah relevan dengan Teori Perkembangan KerjayaSuper yang menyatakan kebolehan mental ialah faktor utama kepada kejayaanseseorang individu dalam bidang akademik. Menurut Peserta 1, “ Walaukurang peluang saya tetap minat nak jadi engineer yang terbaik Saya adatengok juga. Tapi, pekerjaan ini susah nak dapat. Kena betul-betul pandai

80Jurnal Pembangunan Sosial Jilid 13baru dapat. Mak pun cakap sekarang ini memang susah nak cari kerja, Tapipandai-pandailah ”. Menurut Peserta 3 pula “.Saya dah mula meningkatkanpenguasaan dalam subjek biologi. Sebab kerjaya doktor perlukan keputusansubjek biologi yang strong. So, satu motivasi untuk saya belajar biologibetul-betul sebab nak jadi doktor sakit puan .”. Berdasarkan peryataan ini,dapat dirumuskan bahawa kebolehan mental ialah komponen yang berupayamembentuk perkembangan kerjaya seseorang pelajar di sekolah. Dengan katalain, perkembangan kerjaya seseorang pelajar di sekolah mempunyai perkaitandengan kebolehan mental mereka.Ciri PersonalitiCiri personaliti didapati menjadi pola perkembangan kerjaya pelajar di sekolah.Seseorang pelajar yang berupaya menilai ciri personaliti yang dimilikinyaakan mendorong perkembangan dan pemilihan kerjayanya. Berdasarkan TeoriPerkembangan Kerjaya Super, melalui ciri personaliti seseorang individu dapatmenyalurkan kebolehan, kehendak, minat, nilai, trait dan konsep kendiri.Umpamanya Peserta 1 memilih kerjaya jurutera kerana menyedari bahawabeliau seorang yang kasar dan kuat dari segi fizikal. Beliau menyatakan “ sebab saya ni kan kasar, kerja engineer perlukan ketahanan dan ada banyakmasa kena tahan panas nak pergi tapak pembinaan ”. Menurut beliaulagi, “ Sebab saya tak suka kerja duduk diam di dalam office, tulis-tulis, buatfail, appoinment bagi kat bos Saya tak suka kerja macam tu. Saya lebih sukakerja luar cakap-cakap dan aktif ”.Peserta 2 pula memilih kerjaya juruaudit kerana menyedari bahawabeliau suka kerja yang bersifat konvensional. Menurut beliau “ Ya Sudahtentu. Saya tak suka kerja luar saya suka kerja dalam pejabat macamjuruaudit.”. Peserta 3 dan Peserta 4 pula memilih kerjaya doktor sakit puandan polis kerana menyedari bahawa mereka suka tolong orang. MenurutPeserta 3, “ Ya Suka tolong orang. Personalitilah yang buat saya betulbetul nak jadi doktor sakit puan.” manakala Peserta 4 pula menyatakan“ saya memilih kerjaya ni. Polis.Saya suka tolong orang dan mudahmesra dengan orang .”. Berdasarkan temu bual dengan Peserta 1, Peserta 2,Peserta 3 dan Peserta 4 ini jelas menunjukkan minat ialah satu komponen yangberupaya membentuk pola perkembangan kerjaya pelajar.Pemilihan KerjayaPemilihan kerjaya boleh membentuk pola perkembangan kerjaya pelajardi sekolah. Pemilihan kerjaya ini mempunyai perkaitan dengan pelbagaiaspek. Selain daripada aspek pekerjaan ibu bapa, kebolehan mental dan ciripersonaliti, pemilihan kerjaya ini juga mempunyai perkaitan dengan persepsipeserta terhadap kerjaya yang dipilih. Menurut Teori Perkembangan Kerjaya

Pola Perkembangan81Super, kerjaya yang dipilih oleh seseorang ialah kerjaya yang bersesuaiandengan ciri personaliti seseorang individu. Sebagai contoh Peserta 1 memilihkerjaya jurutera kerana menganggap kerjaya jurutera tersebut senang. Menurutbeliau “.Saudara sebelah abah. Anak Pak Ngah. Dia engineer. Umurnyabaru berapa. tapi saya tengok kerjanya senang.”. Dalam konteks ini dapatdirumuskan bahawa persepsi “senang” terhadap sesuatu kerjaya ialah satukomponen yang berupaya membentuk pola perkembangan kerjaya seseorangpelajar di sekolah.Pengaruh Adik BeradikAdik beradik yang dianggap sebagai idola berupaya membentuk polaperkembangan kerjaya seseorang pelajar. Adik beradik yang tidak dianggapsebagai idola, didapati tidak berupaya membentuk pola perkembangankerjaya seseorang pelajar. Fenomena ini boleh diperhatikan dalam dua temubual iaitu temu bual dengan Peserta 2 dan Peserta 1. Peserta 2 menyatakan“kakak saya seorang juruaudit. Suka tengok kerja kakak. nak jadi macamkakak. seorang juruaudit. Dia idola saya.” dan Peserta 1 menyatakan“.dengan abang sangat rapat. Tapi sekarang dia kerja di Singapura. Diapenghantar McDonald.”. Faktor utama dalam pengaruh adik beradik iniialah idola. Hubungan yang intim didapati bukan faktor yang membentuk polaperkembangan kerjaya seseorang pelajar. Sebagai contoh, walaupun Peserta 1mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan abangnya, namun pemilihankerjayanya tidak dipengaruhi oleh abangnya. Dalam hal ini, dapat dirumuskanbahawa pengaruh adik beradik boleh membentuk pola perkembangan kerjayaseseorang pelajar jika pelajar tersebut menganggap adik beradiknya sebagaiidola.Kemahiran Berfikir dan KreatifKemahiran berfikir dan kreatif dalam menghasilkan sesuatu didapati berupayamembentuk pola perkembangan kerjaya pelajar di sekolah. Hasil temu bualbersama Peserta 1, beliau menyatakan “ Saya ada kemahiran komputer danberimaginasi saya sangat cepat ”. Kenyataan ini jelas menunjukkan bahawapelajar yang mempunyai kemahiran berfikir dan kreatif berupaya membentukpola perkembangan kerjaya sendiri. Ini bererti pihak sekolah perlu mengambilinisiatif dan memberi perhatian yang serius kepada mata pelajaran atau aktivitiyang boleh membimbing pelajar dengan kemahiran berfikir secara kreatif.MinatMinat merupakan satu komponen yang berupaya membentuk polaperkembangan kerjaya pelajar. Kesemua peserta yang ditemu bual menyatakanmereka memilih kerjaya jurutera, juruaudit, doktor sakit puan dan polis adalah

82Jurnal Pembangunan Sosial Jilid 13kerana minat terhadap kerjaya tersebut. Sebagai contoh, Peserta 1 menyatakan“.Saya nak jadi engineer sebenarnya. just, minat yang mendorong saya nakjadi engineer . memang minat sangat.”, Peserta 2 menyatakan “.Ya.sayamemang minat nak jadi juruaudit.”dan Peserta 3 pula menyatakan “.Minatnak jadi doktor sakit puan.”. Menurut Peserta 3, beliau tidak dipengaruhioleh keluarga “.Tiada siapa keluarga yang terdekat. Cuma tengok di TV.Doktor sakit puan buat kerja. So, saya pun jadi minat nak jadi macam doktortu.” Peserta 4 pula menyatakan “. Tengok polis yang ada lebih-lebih lagibila dia orang tengah buat kerja. memang minat kerjanya. Tak kiralah polistrafik ke. atau polis biasa pun boleh je. Yang penting polis.”. Berdasarkankesemua pernyataan ini, dapat dirumuskan bahawa minat ialah satu komponenyang berupaya mempengaruhi pola perkembangan kerjaya pelajar di sekolah.Peluang pekerjaanPeluang kerjaya didapati berupaya membentuk pola perkembangan kerjayapelajar di sekolah. Terdapat dua elemen peluang pekerjaan yang mendorongperkembangan kerjaya pelajar di sekolah iaitu gaji dan kekosongan jawatan.Dari segi gaji, Peserta 1 menyatakan “ Gaji walau tak mewah sangat tapidia dah boleh bagi mak ayah dia macam-macam Secara jujur. minat tunombor dua. Yang pertama saya tengok gajinya ”. Dari segi kekosonganjawatan pula, para peserta didapati amat mengharapkan kerjaya yang merekapilih dapat direalisasikan. Umpamanya Peserta 2 menyatakan “ Emm taktaulah. Tak terfikir pula, saya tak pasti tentang peluang kerjaya, yang pentingsaya nak jadi juruaudit ” dan Peserta 3 pula menyatakan “.Tentang peluangkerjaya tak pasti sangat. tapi, poliskan sentiasa diperlukan setiap masa.Kalau tak de polis. Susah kita. huru-hara. Jadi, dah tentu kerjaya polis niada saje peluangnya.”.Ringkasnya jika dikaji dari perspektif Teori Perkembangan KerjayaSuper, terdapat satu pola utama yang menyumbang kepada perkembangankerjaya pelajar di sekolah. Pol

Teori Perkembangan Kerjaya (Teori Pendekatan Proses) dan Teori Membuat Keputusan Kerjaya. Ketiga-tiga aliran utama ini didapati berupaya membantu semua peringkat perkembangan manusia bermula daripada peringkat kanak-kanak, remaja dewasa dan warga tua untuk mencari pekerjaan dan memilih kerjaya. Menurut Mohamed Fadhil dan Rose (2008) kerjaya .